Monday, June 20, 2011

Akhirnya.. bersatu semuanya..

Puas hati dapat kumpul semua cawan MCD Coca-Cola Limited Edition..
Banyak cabaran dan halangan nak dapatkan semua cawan ni..
Lagi² nak dapat yang warna biru.. sampai ke PD carik..
Sebab dah terlepas nak beli..Yang Warna Hijau buruk pun
susah jugak nak dapat..1 hari sampai carik 4 cawangan mcd..
Last² dapat kat MCD Ampang Park.. Tak tahan tue siap call dulu
tanya de ke tak cawan warna hijau buruk tue... kikikiki

Thursday, June 16, 2011

BB gurl and Angry Birds

kikiki.. Cute tak..

Kopak..kopak..

"Awatt nya..!!!.. apa yang kopak ni .. :( "

Saya rasa bulan ni saya paling sengkek..waaaa.. cian tak.. Nape ni..!! cer cite.. cer cite.. awok nak tau jugak...

Ingat tak awal bulan saya ada cerita..pasal saya sakit mata sampai kene operate..Lepas tu dokte suruh datang 2minggu lagi.. so semalam dah sampai masa 2minggu tue..saya pun pergi la jumpe dokte..

Awok mulakan cite okey :) .. saya punya temujanji dengan dokte tue pukul 2.30pm.. saya pergi dengan cik mira nyesot.. kebetulan die cuti.. so saya ajak la dia teman..tak de la takut sangat..ok la pukul 2.15 pm saya sampai.. so dah register semua la.. tunggu la..sampai dipanggil.. dah pukul 2.45.. tk panggil lagi,, ok fine la.. tunggu lagi.. pas tue pukul 3pm saya nampak dokte tue baru masuk bilik die.. pulak dah.. tunggu la lagi..

Saya tunggu sampai tertido kat kerusi tu..pas tue tersedar dah pukul 4pm.. oit biar betik nama tak panggil lagi..Orang tak de la ramai mane pun.. pas tue saya pergi la tanya nape tak panggil lagi..janji pukul 2.30pm..tengok orang yg baru datang dah masuk.. Nurse tue cakap giliran saya no.9.. Tetibe rase mcm tak best.. patutnya wat temujanji..ikut la jerk la.. ni kire siapa register dulu dia masuk dulu..

Bengang tak bengang la.. so saya masuk pukul 4.30pm..tak tau nk cakap pe... servis tak memuaskan lansung.. bayar dah mahal.. dah mcm hospital kerajaan lak.. tau dulu baik g hospital kerajaan..tunggu memang sah lama.. bayar pun tak mahal.. Ni dokte suruh datang lagi 2minggu.. aduhh duit lagi..(pening palo den la..!!) ermm bulan ni jerk dah dekat Rm1000 habis.. Tapi nasib baik boleh clim office.. clim pun hujang bulan baru dapat.. ni yang tengah bulan ni sakit gila la.. argggghhhh..tensioonn.. dugaan ni kot...

*.. siapa nak tolong sponser saya untuk bulan ni..waaaaaa...*


Bill 010611


Bill 150611


2minggu lagi tak tau la berapa kene bayar lak..

Bulan Rejab dah.. Puasa Tak habis lagi ganti..

Ermm.. pejam celik..pejam celik.. dah masuk bulan Rejap.. lagi sebulan jerk nak masuk bulan Ramadhan..Pas tue raya.. Pas tue dah jadi bini orang.. uik kejap betul rasanya..ermm ..rasa nya nk cerita pasal lean ni..

Okey² berbalik pada tajuk asal ni.. Sebenarnya nak kepoh-kepoh cikit.. ye la ni kan dah bulan Rejab.. so ".. Puasa tahun Lepas yang terpaksa ditinggalkan + puasa yang gedik ditinggalkan = tak habis diganti lagi.." kikiki..

Dah la banyak nak gantinya..Jap kira Berapa hari yang ditinggalkan..1..2..3........ uik banyak²..Tapi saya dah start puasa tau..tp baru dapat 2 hari jerk kikiki..banyak lagi yg nk dihabiskan ni..

Hari ni Tak puasa sebab malam tadi tak makan.. bangun pagi jerk perut dah bunyi..Minggu depan kene wat hari²..cayok..cayok.. Rina..Harap tahun ni punya saya nak habis kan sebelum Kawin.. Takut nanti lagi malas nak ganti..jeng..jeng..jeng... kikikiki

Monday, June 13, 2011

Sekarang Tak Kira lu Abg long ka.. Ayahanda ka..ini Kl gua pegang

Memang Terbaik la Kl Gengster.. Nak bagi 4 Bintang dari 5 Bintang.. kikikiki..Patut la panggung wayang ramai orang.. Semalam saya nak pergi tengok orang dah mcm ulat dah..panjang gila beratur..1st saya nak tangok kat Mid Valley..tak boleh bla..beratur panjang sampai ke mcd dah.. pas tue saya pergi kat 1 utama.. lagi r.. last sekali saya pergi ke Summit usj..Ramai jugak la tp tak seramai kat Mid velly n 1 utama.. nak tengok punya pasal sanggup tue pergi banyak tempat..tue pun malam baru dapat tengok.. Kul 8.20pm.. padahal dah sampai kul 5 pm..cerita dia memamg best.. So tunggu pe lagi.. Pergi la serbu panggung wayang yg terdekat..

"..lu kasi gua mati dulu la baru gua diam.."

Friday, June 10, 2011

Mau jadi Isteri yg baik..

Tiba-tiba rasa takut lak... Ye la hari kawin nak dekat.. terfikir gak boleh ke saya jadi isteri yang baik... Aduhh takut.. gemuruh . semua la ada.. Tolong la .. makin hari makin tak percaya.. Seacrh la kat internet..dapat 1 artikal ni.. saya pun copy n paste kan kat blog saya ni.. harap² nanti saya dah kawin saya dapat gunakan ilmu yg saya dapat ni dan kongsi bersama u all..

10 Rahsia menjadi Isteri yang Baik..

1.Hormati suami


Sebuah hubungan ibarat sebuah pemerintahan hanya ada pemimpin dan pengikut. Kaum lelaki atau suami kebiasaannya menjadi pemimpin dan isteri sebagai pengikut dengan haknya yg tersendiri. Bukan maksud mengetepikan peranan wanita namun begitulah hierarki yang ada di masyarakat. Suami sebagai pemimpin sudah tentu ingin dirinya dihormati dan wanita sebagai pengikut harus dihargai. Justeru hormatilah dirinya sekiranya anda mahu diri anda dihargai.

2. Prihatin pada perasaan

Pekalah dengan perasaan suami dan perasaan anda sendiri. Tatkala suami berwajah sedih anda harus tahu itu juga mengambarkan perasaannya. Justeru jangan menambah kesedihan yang ada sebaliknya cuba hiburkan hatinya dengan layanan dan senyuman manis anda. Peka juga dengan perasaan sendiri. Jangan biar perasaan negatif membelenggu diri anda. Jangan rasionalisasi perasaan negatif. Jika anda berasa tidak sedap hati atau kurang setuju terhadap sesuatu perkara jangan teruskan. Hormati diri anda sendiri.

3. Jaga tubuh badan
Atas alasan sibuk dengan kerjaya dan menguruskan rumahtangga, ramai wanita lupa menjaga tubuh sendiri. Kulit wajah dibiarkan berminyak, rambut tidak bersikat dan ada yang melengahkan untuk mandi hingga menjelang tengah hari. Semua ini pula dilakukan di hadapan suami. Bayangkan saja jika anda seorang lelaki adakah anda tertarik dengan penampilan wanita sebegini. Oleh itu belajarlah merapikan diri terutama sekali saat suami ada bersama di sisi. Kenakan pakaian yang bersih, jaga kulit wajah anda agar sihat dan tampak berseri. Jangan lupa jaga bentuk badan anda. Jangan sesekali suami menegur bentuk tubuh anda yang semakin membesar. Anda mungkin tak menyedari bahawa suami menilai apa yang ingin mereka sentuh.

4. Sentiasa berkomunikasi

Belajarlah untuk berkomunikasi dengan baik. Biarkan suami tahu apa yang anda suka dan yang tidak anda sukai. Belajar juga untuk memahami apa yang suami mahu dan apa yang suami mahu anda lakukan untuk dirinya. Beranikan diri untuk meluahkan apa yang anda rasai kerana ia adalah petua untuk melancarkan sebuah perhubungan. Ingat bahawa lelaki tiada kuasa yang boleh membaca hati fikiran isterinyasakli gus mengetahui apa yang anda inginkan. Oleh itu luahkan dan berkomunikasilah dengan dirinya.

5. Jangan tolak permintaan seks
Semua isteri harus tahu bahawa seks adalah antara keperluan utama seorang lelaki. Oleh itu jangan menolak bila suami memberi petanda mahukan seks. Paling kurang anda perlu memenuhi keinginannya sekali dalam seminggu. Mengabaikan kehidupan seks bererti anda menghancurkan hubungan batin suami isteri. Seorang isteri juga harus berani untuk memulakan perhubungan intim. Pelajari juga teknik-teknik yang memberi lebih kepuasan kepada suami agar si dia tahu kelebihan anda.

6. Jadi teman berbual

Luangkan waktu untuk berbual dengan suami paling kurang 15 minit sehari untuk mengetahui perkembangan dan juga memberitahu situasi anda mahupun anak-anak. Berbicaralah tentang perasaan anda pada hari tersebut dan apa yang telah anda lakukan sepanjang hari dan segala hal yang berkaitan dengan anda dan suami. Perkahwinan itu satu perkongsian maka kongsilah juga apa perasaan anda ketika berbual dengan suami.

7. Menilai diri

Setiap kali anda melakukan sesuatu, maka berikan penilaiannya. Nilai juga layanan dan sikap anda terhadap suami. Jujurlah pada diri sendiri semasa membuat penilaian ini. Perbaiki jika anda rasakan masih ada kelemahan. Tidak salah juga kalau anda sendiri meminta pandangan daripada suami tentang layanan anda kepada dirinya. Tanyakan apa yang lebih dan apa yang kurang agar anda dapat memperbaiki diri.

8. Menjaga amanah suami

Amanah ini bukan saja harta benda milik suami tapi yang lebih utama anak hasil zuriat bersama dengannya. Urus anak sebaik mungkin dan berikanlah didikan adab sopan yang sepatutnya. Seorang suami pastinya berasa bangga dan bahagia memiliki isteri yang mampu mendidik anak menjadi seorang yang bersopan, dan baik tingkah lakunya.

9. Belajar menghargai

Suami perlu dihargai terutama atas penat lelalh dirinya menyara keluarga. Oleh itu buat dirinya menyara keluarga. Oleh itu buat dirinya rasa dihargai. Caranya? Boleh saja dengan memberi layanan terbaik, mengingati hari penting dalam hidupnya, memberikan hadiah atau kejutan. Atau paling mudah dengan meluahkannya dalam bentuk kata-kata. Pujilah suami atas usahnya memberi keselesaan kepada keluarga, dan ucapkan terima kasih atas segala yang telah dilakukan untuk membahagiakan anda.

10. Patuh pada agama

Walau seribu tip menjadi isteri yang baik tidak akan berguna jika seorang isteri itu tidak berpegang pada agama. Jauhi segala larangan dan taatlah pada perintah-Nya. Sesungguhnya Islam sendiri meminta kaum lelaki memilih calon isteri dari kalangan mereka yang patuh pada agama.

Tuesday, June 7, 2011

Bye-bye facebook



~ J u M p A L a G i ~



Wednesday, June 1, 2011

MaTa ku..

Ni la dinamakan dugaan nak kawin..macam² nak terjadi.. 3 minggu lepas. saya kene sakit mata.. ingat kn tak serius sangat..rupanya sampai kene operate..Dah la takut nak g hospital..Tapi bila dipikir² kan dah dekat nk kawin .. makanya saya kuat kn semangat pergi jumpe dokte..pape pun time kasih to my friend coz tolong temankan saya.. " Jasa u tetap i kenang.."

Peringkat-peringkat yang saya lalui..

minggu pertama..

Asalnya jadi macam ni..bengkak sehingga sepit mata saya

Minggu ke-2 saya tak sempat nak ambil gambar..mata nye dah keluar nanah..sakitnya jangan la cakap.. nak pegang pun tak boleh.. pergi klinik dokte cuci n buangkan nanah tue..ingat kan dah ok.. tapi tak ok ... mate still lagi berair n bengkak lagi.


Minggu ke-3

Ni la hasil nye..

Pergi balik ke klinik yang cuci mata ..dokte tue kate masuk habuk jerk.. aduhh tak lak la masuk habuk sampai mcm ni sekali.. saya ambil keputusa nk pergi check kat pakar mata..Bila pergi jerk dokte kate kene operate.. saya memang terkejut berok..jatung dah laju gile.. darah terus naik kat kepala..tangan jangan ditanya la..dah sejuk macam mayat dah..hanya tuhan saya jerk yg tau apa yang saya rasa..


Ni baru pas operate.. nampak sangat muke
baru pas melalak..

De cerita kelakar masa dokte tengah buat operate..Saya adalah seorang yang penakut nak jumpa dokte..lagi la kene operate.. 1 bahagian pakar mata tue dengar suara saya..Kawan saya cerita kat saya balik sampai nurse kat depan datang tengok saya.. Punya kuat melalak kan..errm ni baru mata.. kalau nk beranak nanti macam mane la gayanya.. Pas ni de 1 lagi hal nk pergi ambil darah HIV.. sekarang ni tengak dok pk macam nanti..


Dah sakit² pun nak bergambar lagi..