Friday, June 10, 2011

Mau jadi Isteri yg baik..

Tiba-tiba rasa takut lak... Ye la hari kawin nak dekat.. terfikir gak boleh ke saya jadi isteri yang baik... Aduhh takut.. gemuruh . semua la ada.. Tolong la .. makin hari makin tak percaya.. Seacrh la kat internet..dapat 1 artikal ni.. saya pun copy n paste kan kat blog saya ni.. harap² nanti saya dah kawin saya dapat gunakan ilmu yg saya dapat ni dan kongsi bersama u all..

10 Rahsia menjadi Isteri yang Baik..

1.Hormati suami


Sebuah hubungan ibarat sebuah pemerintahan hanya ada pemimpin dan pengikut. Kaum lelaki atau suami kebiasaannya menjadi pemimpin dan isteri sebagai pengikut dengan haknya yg tersendiri. Bukan maksud mengetepikan peranan wanita namun begitulah hierarki yang ada di masyarakat. Suami sebagai pemimpin sudah tentu ingin dirinya dihormati dan wanita sebagai pengikut harus dihargai. Justeru hormatilah dirinya sekiranya anda mahu diri anda dihargai.

2. Prihatin pada perasaan

Pekalah dengan perasaan suami dan perasaan anda sendiri. Tatkala suami berwajah sedih anda harus tahu itu juga mengambarkan perasaannya. Justeru jangan menambah kesedihan yang ada sebaliknya cuba hiburkan hatinya dengan layanan dan senyuman manis anda. Peka juga dengan perasaan sendiri. Jangan biar perasaan negatif membelenggu diri anda. Jangan rasionalisasi perasaan negatif. Jika anda berasa tidak sedap hati atau kurang setuju terhadap sesuatu perkara jangan teruskan. Hormati diri anda sendiri.

3. Jaga tubuh badan
Atas alasan sibuk dengan kerjaya dan menguruskan rumahtangga, ramai wanita lupa menjaga tubuh sendiri. Kulit wajah dibiarkan berminyak, rambut tidak bersikat dan ada yang melengahkan untuk mandi hingga menjelang tengah hari. Semua ini pula dilakukan di hadapan suami. Bayangkan saja jika anda seorang lelaki adakah anda tertarik dengan penampilan wanita sebegini. Oleh itu belajarlah merapikan diri terutama sekali saat suami ada bersama di sisi. Kenakan pakaian yang bersih, jaga kulit wajah anda agar sihat dan tampak berseri. Jangan lupa jaga bentuk badan anda. Jangan sesekali suami menegur bentuk tubuh anda yang semakin membesar. Anda mungkin tak menyedari bahawa suami menilai apa yang ingin mereka sentuh.

4. Sentiasa berkomunikasi

Belajarlah untuk berkomunikasi dengan baik. Biarkan suami tahu apa yang anda suka dan yang tidak anda sukai. Belajar juga untuk memahami apa yang suami mahu dan apa yang suami mahu anda lakukan untuk dirinya. Beranikan diri untuk meluahkan apa yang anda rasai kerana ia adalah petua untuk melancarkan sebuah perhubungan. Ingat bahawa lelaki tiada kuasa yang boleh membaca hati fikiran isterinyasakli gus mengetahui apa yang anda inginkan. Oleh itu luahkan dan berkomunikasilah dengan dirinya.

5. Jangan tolak permintaan seks
Semua isteri harus tahu bahawa seks adalah antara keperluan utama seorang lelaki. Oleh itu jangan menolak bila suami memberi petanda mahukan seks. Paling kurang anda perlu memenuhi keinginannya sekali dalam seminggu. Mengabaikan kehidupan seks bererti anda menghancurkan hubungan batin suami isteri. Seorang isteri juga harus berani untuk memulakan perhubungan intim. Pelajari juga teknik-teknik yang memberi lebih kepuasan kepada suami agar si dia tahu kelebihan anda.

6. Jadi teman berbual

Luangkan waktu untuk berbual dengan suami paling kurang 15 minit sehari untuk mengetahui perkembangan dan juga memberitahu situasi anda mahupun anak-anak. Berbicaralah tentang perasaan anda pada hari tersebut dan apa yang telah anda lakukan sepanjang hari dan segala hal yang berkaitan dengan anda dan suami. Perkahwinan itu satu perkongsian maka kongsilah juga apa perasaan anda ketika berbual dengan suami.

7. Menilai diri

Setiap kali anda melakukan sesuatu, maka berikan penilaiannya. Nilai juga layanan dan sikap anda terhadap suami. Jujurlah pada diri sendiri semasa membuat penilaian ini. Perbaiki jika anda rasakan masih ada kelemahan. Tidak salah juga kalau anda sendiri meminta pandangan daripada suami tentang layanan anda kepada dirinya. Tanyakan apa yang lebih dan apa yang kurang agar anda dapat memperbaiki diri.

8. Menjaga amanah suami

Amanah ini bukan saja harta benda milik suami tapi yang lebih utama anak hasil zuriat bersama dengannya. Urus anak sebaik mungkin dan berikanlah didikan adab sopan yang sepatutnya. Seorang suami pastinya berasa bangga dan bahagia memiliki isteri yang mampu mendidik anak menjadi seorang yang bersopan, dan baik tingkah lakunya.

9. Belajar menghargai

Suami perlu dihargai terutama atas penat lelalh dirinya menyara keluarga. Oleh itu buat dirinya menyara keluarga. Oleh itu buat dirinya rasa dihargai. Caranya? Boleh saja dengan memberi layanan terbaik, mengingati hari penting dalam hidupnya, memberikan hadiah atau kejutan. Atau paling mudah dengan meluahkannya dalam bentuk kata-kata. Pujilah suami atas usahnya memberi keselesaan kepada keluarga, dan ucapkan terima kasih atas segala yang telah dilakukan untuk membahagiakan anda.

10. Patuh pada agama

Walau seribu tip menjadi isteri yang baik tidak akan berguna jika seorang isteri itu tidak berpegang pada agama. Jauhi segala larangan dan taatlah pada perintah-Nya. Sesungguhnya Islam sendiri meminta kaum lelaki memilih calon isteri dari kalangan mereka yang patuh pada agama.

Tuesday, June 7, 2011

Bye-bye facebook



~ J u M p A L a G i ~



Wednesday, June 1, 2011

MaTa ku..

Ni la dinamakan dugaan nak kawin..macam² nak terjadi.. 3 minggu lepas. saya kene sakit mata.. ingat kn tak serius sangat..rupanya sampai kene operate..Dah la takut nak g hospital..Tapi bila dipikir² kan dah dekat nk kawin .. makanya saya kuat kn semangat pergi jumpe dokte..pape pun time kasih to my friend coz tolong temankan saya.. " Jasa u tetap i kenang.."

Peringkat-peringkat yang saya lalui..

minggu pertama..

Asalnya jadi macam ni..bengkak sehingga sepit mata saya

Minggu ke-2 saya tak sempat nak ambil gambar..mata nye dah keluar nanah..sakitnya jangan la cakap.. nak pegang pun tak boleh.. pergi klinik dokte cuci n buangkan nanah tue..ingat kan dah ok.. tapi tak ok ... mate still lagi berair n bengkak lagi.


Minggu ke-3

Ni la hasil nye..

Pergi balik ke klinik yang cuci mata ..dokte tue kate masuk habuk jerk.. aduhh tak lak la masuk habuk sampai mcm ni sekali.. saya ambil keputusa nk pergi check kat pakar mata..Bila pergi jerk dokte kate kene operate.. saya memang terkejut berok..jatung dah laju gile.. darah terus naik kat kepala..tangan jangan ditanya la..dah sejuk macam mayat dah..hanya tuhan saya jerk yg tau apa yang saya rasa..


Ni baru pas operate.. nampak sangat muke
baru pas melalak..

De cerita kelakar masa dokte tengah buat operate..Saya adalah seorang yang penakut nak jumpa dokte..lagi la kene operate.. 1 bahagian pakar mata tue dengar suara saya..Kawan saya cerita kat saya balik sampai nurse kat depan datang tengok saya.. Punya kuat melalak kan..errm ni baru mata.. kalau nk beranak nanti macam mane la gayanya.. Pas ni de 1 lagi hal nk pergi ambil darah HIV.. sekarang ni tengak dok pk macam nanti..


Dah sakit² pun nak bergambar lagi..

Tuesday, May 24, 2011

Bulan yang banyak cerita best..

Wow bulan ni banyak cerita yang kuar kat wayang best²..Cerita kongsi,POTC,Nur Kasih,Kl Gengster,,Karak n macam² la.. Last weekend saya pergi tengok 3 cerita..Kongsi ..Fast 5.. & Nur Kasih... Pas ni nk tengok cerita Pirates Of Caribbean..Nasib baik tengok kat Panggung yang berlainan.. tak de la orang jual tiket wayang cam muka saya.. kikiki

Ok..Keseluruhan cerita yang saya dah tengok untuk cerita kongsi saya bagi 3 bintang jerk..sebab cerita dia biasa jerk..Harapkan kelakar jerk..Cerita Fast 5 saya bagi 4-5 bintang.. memang terbaik la cara dia merompak..rase nak pergi merompak lak..kikiki.. terbaik la Fast 5..

Nur Kasih lak saya bagi 3 bintang jugak.. sebab cerita dia biasa jerk kot.. Kalau yg drama tue di jadikan filem puas hati..Tapi kalau bab yg meleleh air mata...tak leh nk cakap pe la.. sedih la..Rase jangan la diduga mcm tue..Yang terharu sekali.. bila Adam pergi cari cincin Nur yang hilang masa keretapi meletop..Fuhh! sampai sanggup menggadaikan nyawa tue..memang saya terharu..(harap² incik abang saya jadi la macam Adam..)..kikikiki

Pas ni nk tengok Pirates Of Caribbean lak.. tak tau la barapa lak dapat bintang.. sebab ada orang kata tak best.. ada orang kata best..So nak tau cerita tue best ke tak saya nak pergi tengok sendiri..Puaskan hati.. ^_^

Tiket Cerita Kongsi mane tah pergi nya...


Wednesday, May 18, 2011

Bile Semak otak Suke layan lagu ini.


Mengapa kau pergi, Mengapa kau pergi
Di saat aku mulai mencintaimu,
berharap engkau jadi kekasih hatiku,
Malah kau pergi jauh dari hidupku,

Menyendiri lagi, Menyendiri lagi,
Di saat kau tinggalkan diriku pergi,
Tak pernah ada yang menhiasi hariku,
Di saat aku terbangun dari tidurku,

Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencintai dirimu,
Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencinta…….

Menyendiri lagi, Menyendiri lagi,
Di saat kau tinggalkan diriku pergi,
Tak pernah ada yang menhiasi hariku,
Di saat aku terbangun dari tidurku,

Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencintai dirimu,
Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencinta…….

Semoga engkau kan mengerti,, tentang perasaan ini
Maaf ku telah terbuai, akan indahnya cinta
Maaf sungguhku tak bisa, untuk kembali padamu
Maaf ku telah terbuai, akan indahnya cinta

Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencinta,

Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencinta,

Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencinta…

Wednesday, May 11, 2011

Membaca Amalan yang Mulia

Memang tiap-tiap tahun saya akan pergi Pesta Buku...Berbaloi-baloi kalau pergi pesta buku ini.. sebab murah gila..dengan saya² naik gila tengok buku banyak sangat..memang borong habis la.. Tapi kali ni saya ada beli buku masak²..kikiki.. ( ye la dah nak kawin kan..) novel pun tetap beli gak.. tahun ni pergi macam rush cikit.. ye la pergi time lunch.. sblm² ni memang ambil 1/2 day..kikiki.. Ape-ape pun memang best gak..


Ni la hasil yang saya borong


Sempat gambar dengan penulis Norhayati Ibrahim (NB).

Siapa mau ikut saya

TQ nuffnag..Bagi saya tiket free sempena my besday ..