Friday, November 11, 2011

Ada apa dengan tarikh itu.?


Hari ni 11.11.11..cantik tarikh hari ni..mungkin hari ni ramai yang buat hari keramat contoh berkahwin ke..bertunang ke dan macam-macam lagi la..Tapi untuk cik rina tarik 11.11.11 nie menyimpan 1001 kisah dalam hidup..Biar la ianya menjadi rahsia cik rina dan bersemadi dalam diri cik rina..Segala sejarah yang tak pernah diluputkan..

Friday, October 28, 2011

OMG !!! betol ke..?

Minggu ni cik rina keje 2 hari jerk seminggu.. wah lama cuti cik rina oi..heloo bukan suka-suka cuti tau..cuti sakit tau (MC).. hari selase cik rina macam biasa bangun nk pergi keje..tapi kepala dah berat sangat..makanya tak la pergi keje..sebenarnya dari last week lagi dah rasa tak sedap badan..rasa pening-pening..time drive lagi la rasa..macam ada orang goncangkan badan..petang selasa tue pergi la klinik nk check ..dokte cakap cik rina de tekanan darah rendah..patut la kepala weng-weng jerk..So sekarang dah okey cikit dari sebelum nie..Pape pun doakan kesihatan cik rina okey..

* Info tentang tekanan darah rendah..

Apa itu Tekanan Darah Rendah ?

Tekanan darah rendah (hipotensi) adalah keadaan tekanan darah yang lebih rendah dari tekanan yang diperlukan oleh tubuh, sehingga setiap organ dari badan tidak mendapat aliran darah yang cukup dan menyebabkan timbulnya gejala hipotensi. Tekanan darah seseorang adalah berbeza. Ini kerana ia membabitkan kawalan utama otak, jantung, buah pinggang dan ransangan di dalam salur darah.



Bagi penghidap tekanan darah rendah, mereka tidak akan menunjukkan tanda mereka mempunyai penyakit tekanan darah rendah. Mereka akan menunjukkan gejala atau tanda-tanda awal seperti:-
  • cepat lelah
  • pening kepala ketika posisi badan berubah
  • sukar untuk berkonsentrasi
  • mata berkunang-kunang
  • mual
  • kulit berasa dingin, pucat dan lembap
  • pernafasan cepat dan pendek
  • defresi
  • cepat haus
Penyebab Tekanan Darah Rendah

Tekanan darah ditentukan oleh dua pekara, iaitu jumlah darah yang dipompakan oleh jantung dan tahanan (resistensi) pembuluh darah yang kecil-kecil pada tubuh. Terdapat beberapa penyebab yang boleh tekanan darah rendah terjadi iaitu:-

  • Kekurangan volum darah - cecair mengalir dalam saluran darah seperti pendarahan yang tidak boleh terkawal
  • Dehidrasi - dehidrasi yang mengurangkan kandungan cecair dalam badan seperti kes muntah yang teruk dan cirit-birit.
  • masalah jantung - deyutan jantung yang agak cepat mahupun sebaliknya yang terlalu lambat.
  • Keadaan otot yang lemah.

Melalak Ohh melalak

Fuhh..3 jam Rm3..nyanyi sampai lebam..huhuh

Tak sabar nya nak pegi ni... 3 jam tue.. boleh buat konsert..cepat senaraikan lagu apa nak nyanyi ni..

Mari Bersukan

Cik rina tak de la pandai mana pun main bowling. Tapi boleh la.. tumbang jugak la pins tue..kikiki.. Tak de sebenarnya cik rina ada beli voucher dekat groupon.. berbaloi-baloi..

Friday, October 21, 2011

A + B + C

yam..yam..yam..



Tuesday, October 18, 2011

Izzah Dan Hariz

"..Tidak mengapalah jika saya dianggap sebagai perempuan simpanan,
tetapi biarlah hubungan ini halal di sisi ALLAH.."



Izzah adalah seorang gadis yatim piatu yang kematian orang tua mereka akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, pak saudaranya, Taha mengambil tugas memelihara Izzah. Isteri Taha tidak senang dengan kehadiran Izzah dan menuduh Izzah membawa bencana dalam keluarga.

Pak cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual anak saudaranya itu kepada seorang tauke kelab malam. Izzah terpaksa mengikut kehendak pak saudaranya walaupun hatinya tidak rela.

Di situlah dia telah berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz. Hariz telah membeli Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan membawa dia keluar dari neraka jahanam itu. Di atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.

Kehadiran Mila Amylia, anak Tan Sri Rashdan, iaitu model dan pelakon terkenal tanahair menggugat cinta Izzah yang mula berputik kepada Hariz. Dapatkah Izzah menerima Mila Amylia sebagai madunya? Bagaimana pula penerimaan Mila pada Izzah? Dapatkah hariz membahagiakan Izzah dan Mila? Bahagiakah rumah tangga yang dibina di atas kehadiran orang lain? Bagaimanakah tindakan Datuk Sufiah setelah mengetahui cerita sebenarnya?





Waahh Tak sabarnya nak tunggu filem Ombak Rindu ini dekat wayang..dengar² filem ni akan di tayangkan hujung tahun ni..haaa cik rina suka..suka..suka..


Monday, October 10, 2011

Turutan potong kuku..

Sebelum ni cik rina de post tentang hari-hari potong kuku..so kali cik rina nak post dan nak kongsi tentang potong kuku ikut turutan..


Sebenarnya memotong kuku juga ada turutannya. Ianya dimulai pada anggota sebelah kanan hinggalah ke anggota sebelah kiri. Sekiranya hendak memotong kuku jari tangan, ianya dimulakan dengan jari telunjuk tangan kanan sehingga ke jari kelingking. Kemudian dari jari kelingking tangan kiri sehingga ke ibu jari. Dan akhir sekali adalah jari ibu kanan. (Sila rujuk gambar diatas untuk mudah memahami.)

Sebegitu juga dengan jari kaki. Ianya haruslah dipotong mengikut turutannya. Bermula dari jari kelingking sebelah kanan bergerak ke jari kelingking kaki sebelah kiri berturut-turut. (Sila rujuk gambar diatas untuk mudah memahami.)

*Thank you pakcik google..