Showing posts with label Beringat lah... Show all posts
Showing posts with label Beringat lah... Show all posts

Monday, October 10, 2011

Turutan potong kuku..

Sebelum ni cik rina de post tentang hari-hari potong kuku..so kali cik rina nak post dan nak kongsi tentang potong kuku ikut turutan..


Sebenarnya memotong kuku juga ada turutannya. Ianya dimulai pada anggota sebelah kanan hinggalah ke anggota sebelah kiri. Sekiranya hendak memotong kuku jari tangan, ianya dimulakan dengan jari telunjuk tangan kanan sehingga ke jari kelingking. Kemudian dari jari kelingking tangan kiri sehingga ke ibu jari. Dan akhir sekali adalah jari ibu kanan. (Sila rujuk gambar diatas untuk mudah memahami.)

Sebegitu juga dengan jari kaki. Ianya haruslah dipotong mengikut turutannya. Bermula dari jari kelingking sebelah kanan bergerak ke jari kelingking kaki sebelah kiri berturut-turut. (Sila rujuk gambar diatas untuk mudah memahami.)

*Thank you pakcik google..

Alhamdulillah..bersyukur sangat Cik rina..

♥ Kenape ALLAH temukan kita dengan orang yang salah ♥:
Memang sakit bila cinta yg kita dambakan selama ini tak dihargai oleh insan yg bernama kekasih,apatah lagi kita dibuang begitu saja... tapi,itulah juga petanda terbaik untuk diri dan kehidupan kita pada masa akan datang.

1. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.


2. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.


3. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.


4. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.


5. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...


6. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.


7. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.


8. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.


9. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.


Wahai sahabat yg kecewa,menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.


Hari esok pun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhanNYA, dan meninggalkan laranganNYA..


PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA..

Friday, October 7, 2011

Darjat seorang isteri.




1. Isteri Siddiqin

Isteri yang tidak akan meminta apa-apa dari suaminya sekalipun yang perlu (dharuri). Apa yang disediakan suaminya, dia terima dengan penuh malu dan bersyukur. Kalau ada, adalah. Kalau tidak ada, dia bersabar. Tapi meminta tidak. Apatah lagi yang tidak perlu, kalau diberi pun dia tolak bahkan adakalanya yang perlu pun dia tolak dengan baik, dia lebih suka menolong suaminya. Itulah golongan yang bersifat orang yang Siddiqin. Golongan ini payah hendak dicari terutama di akhir zaman ini, macam hendak mencari belerang merah atau gagak putih. Ini adalah perempuan luar biasa.

2. Isteri Muqarrobin

Isteri yang tidak meminta dari suaminya kecuali yang perlu sahaja. Yang tidak perlu dia tidak akan memintanya bahkan kalau suaminya memberi yang tidak perlu dia tolak dengan baik. Tapi kalau yang diperlukan pun tidak ada, dia tetap sabar. Namaun dia tidak akan mendesak suaminya. Dia tetap bersabar dengan keadaan itu. Itulah golongan Muqarrobin. Golongan ini juga susah hendak dicari di zaman kebendaan ini, di zaman orang memburu dunia, di zaman orang memandang dunia adalah segala-galanya.

3. Isteri Solehin
Isteri yang meminta kepada suaminya yang perlu dan juga sekali-sekala meminta juga yang tidak perlu seperti ingin sedikit kehidupan yang selesa sama ada dari segi makan minum, tempat tinggal, kenderaan. Namun kalau suaminya tidak memberi, dia tetap sabar dan tidak pula menjadi masalah. Itulah dia golongan orang yang soleh.

4. Isteri Fasik

Isteri yang selalu sahaja meminta-minta bukan sahaja yang perlu, yang tidak perlu pun dia suka meminta-minta juga. Kalau diberi pun tidak pernah puas-puas, tidak pernah rasa cukup, sudah mewah pun tidak rasa cukup. Kalau tidak diberi menjadi masalah, dia merungut-rungut, marah-marah, sakit hati, merajuk hingga menjadi masalah dalam rumah tangga. Inilah dia golongan yang fasik. Isteri ini selalu sahaja derhaka dengan suami, apatah lagi dengan Tuhan.

Semoga Allah menyatukan hati-hati kita, menjadikan kita saling mencintai karena Dia; sebagaimana dalam hadits yang diriwayatkan oleh Tirmidzi Rasululllah saw bersabda:

"Di sekitar Arsy ada menara-menara dari cahaya. Di dalamnya ada orang-orang yang pakaiannya dari cahaya dan wajah-wajah mereka bercahaya. Mereka bukan para nabi atau syuhada'. Para nabi dan syuhada' iri kepada mereka. Ketika ditanya para shahabat, Rasulullah menjawab, "Mereka adalah orang-orang yang saling mencintai karena Allah, saling bersahabat kerana Allah dan saling kunjung mengunjungi kerana Allah..

# saja-saja nak share dengan u all..

Thursday, October 6, 2011

Potong kuku ikut hari


barang siapa yang mengerat kukunya pada:

Hari Sabtu: keluar dari tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit
Hari Ahad: Keluar kekayaan masuk kemiskinan
Hari Isnin: keluar daripadanya gila dan masuk sihat
Hari selasa: keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit
Hari Rabu: keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan
Hari Khamis: keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit
Hari Jumaat: keluar daripadanya dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala

jadi, kerat kuku bukan sebarang kerat tapi ada kaedahnya. walaupun hanya kuku tapi adalah sebahagian daripada badan kita yang perlu kita hormati. misalnya kerat kuku ada adabnya selain mengikut hari, kita juga perlu buang kuku itu pada tempat yang tidak kotor, sebagaimana yang diajar..seeloknya kita membuang ke tanah kerana kita juga berunsur tanah. bukannya tong sampah sekali pun tong sampah itu bersih

Thursday, June 16, 2011

Bulan Rejab dah.. Puasa Tak habis lagi ganti..

Ermm.. pejam celik..pejam celik.. dah masuk bulan Rejap.. lagi sebulan jerk nak masuk bulan Ramadhan..Pas tue raya.. Pas tue dah jadi bini orang.. uik kejap betul rasanya..ermm ..rasa nya nk cerita pasal lean ni..

Okey² berbalik pada tajuk asal ni.. Sebenarnya nak kepoh-kepoh cikit.. ye la ni kan dah bulan Rejab.. so ".. Puasa tahun Lepas yang terpaksa ditinggalkan + puasa yang gedik ditinggalkan = tak habis diganti lagi.." kikiki..

Dah la banyak nak gantinya..Jap kira Berapa hari yang ditinggalkan..1..2..3........ uik banyak²..Tapi saya dah start puasa tau..tp baru dapat 2 hari jerk kikiki..banyak lagi yg nk dihabiskan ni..

Hari ni Tak puasa sebab malam tadi tak makan.. bangun pagi jerk perut dah bunyi..Minggu depan kene wat hari²..cayok..cayok.. Rina..Harap tahun ni punya saya nak habis kan sebelum Kawin.. Takut nanti lagi malas nak ganti..jeng..jeng..jeng... kikikiki

Friday, June 10, 2011

Mau jadi Isteri yg baik..

Tiba-tiba rasa takut lak... Ye la hari kawin nak dekat.. terfikir gak boleh ke saya jadi isteri yang baik... Aduhh takut.. gemuruh . semua la ada.. Tolong la .. makin hari makin tak percaya.. Seacrh la kat internet..dapat 1 artikal ni.. saya pun copy n paste kan kat blog saya ni.. harap² nanti saya dah kawin saya dapat gunakan ilmu yg saya dapat ni dan kongsi bersama u all..

10 Rahsia menjadi Isteri yang Baik..

1.Hormati suami


Sebuah hubungan ibarat sebuah pemerintahan hanya ada pemimpin dan pengikut. Kaum lelaki atau suami kebiasaannya menjadi pemimpin dan isteri sebagai pengikut dengan haknya yg tersendiri. Bukan maksud mengetepikan peranan wanita namun begitulah hierarki yang ada di masyarakat. Suami sebagai pemimpin sudah tentu ingin dirinya dihormati dan wanita sebagai pengikut harus dihargai. Justeru hormatilah dirinya sekiranya anda mahu diri anda dihargai.

2. Prihatin pada perasaan

Pekalah dengan perasaan suami dan perasaan anda sendiri. Tatkala suami berwajah sedih anda harus tahu itu juga mengambarkan perasaannya. Justeru jangan menambah kesedihan yang ada sebaliknya cuba hiburkan hatinya dengan layanan dan senyuman manis anda. Peka juga dengan perasaan sendiri. Jangan biar perasaan negatif membelenggu diri anda. Jangan rasionalisasi perasaan negatif. Jika anda berasa tidak sedap hati atau kurang setuju terhadap sesuatu perkara jangan teruskan. Hormati diri anda sendiri.

3. Jaga tubuh badan
Atas alasan sibuk dengan kerjaya dan menguruskan rumahtangga, ramai wanita lupa menjaga tubuh sendiri. Kulit wajah dibiarkan berminyak, rambut tidak bersikat dan ada yang melengahkan untuk mandi hingga menjelang tengah hari. Semua ini pula dilakukan di hadapan suami. Bayangkan saja jika anda seorang lelaki adakah anda tertarik dengan penampilan wanita sebegini. Oleh itu belajarlah merapikan diri terutama sekali saat suami ada bersama di sisi. Kenakan pakaian yang bersih, jaga kulit wajah anda agar sihat dan tampak berseri. Jangan lupa jaga bentuk badan anda. Jangan sesekali suami menegur bentuk tubuh anda yang semakin membesar. Anda mungkin tak menyedari bahawa suami menilai apa yang ingin mereka sentuh.

4. Sentiasa berkomunikasi

Belajarlah untuk berkomunikasi dengan baik. Biarkan suami tahu apa yang anda suka dan yang tidak anda sukai. Belajar juga untuk memahami apa yang suami mahu dan apa yang suami mahu anda lakukan untuk dirinya. Beranikan diri untuk meluahkan apa yang anda rasai kerana ia adalah petua untuk melancarkan sebuah perhubungan. Ingat bahawa lelaki tiada kuasa yang boleh membaca hati fikiran isterinyasakli gus mengetahui apa yang anda inginkan. Oleh itu luahkan dan berkomunikasilah dengan dirinya.

5. Jangan tolak permintaan seks
Semua isteri harus tahu bahawa seks adalah antara keperluan utama seorang lelaki. Oleh itu jangan menolak bila suami memberi petanda mahukan seks. Paling kurang anda perlu memenuhi keinginannya sekali dalam seminggu. Mengabaikan kehidupan seks bererti anda menghancurkan hubungan batin suami isteri. Seorang isteri juga harus berani untuk memulakan perhubungan intim. Pelajari juga teknik-teknik yang memberi lebih kepuasan kepada suami agar si dia tahu kelebihan anda.

6. Jadi teman berbual

Luangkan waktu untuk berbual dengan suami paling kurang 15 minit sehari untuk mengetahui perkembangan dan juga memberitahu situasi anda mahupun anak-anak. Berbicaralah tentang perasaan anda pada hari tersebut dan apa yang telah anda lakukan sepanjang hari dan segala hal yang berkaitan dengan anda dan suami. Perkahwinan itu satu perkongsian maka kongsilah juga apa perasaan anda ketika berbual dengan suami.

7. Menilai diri

Setiap kali anda melakukan sesuatu, maka berikan penilaiannya. Nilai juga layanan dan sikap anda terhadap suami. Jujurlah pada diri sendiri semasa membuat penilaian ini. Perbaiki jika anda rasakan masih ada kelemahan. Tidak salah juga kalau anda sendiri meminta pandangan daripada suami tentang layanan anda kepada dirinya. Tanyakan apa yang lebih dan apa yang kurang agar anda dapat memperbaiki diri.

8. Menjaga amanah suami

Amanah ini bukan saja harta benda milik suami tapi yang lebih utama anak hasil zuriat bersama dengannya. Urus anak sebaik mungkin dan berikanlah didikan adab sopan yang sepatutnya. Seorang suami pastinya berasa bangga dan bahagia memiliki isteri yang mampu mendidik anak menjadi seorang yang bersopan, dan baik tingkah lakunya.

9. Belajar menghargai

Suami perlu dihargai terutama atas penat lelalh dirinya menyara keluarga. Oleh itu buat dirinya menyara keluarga. Oleh itu buat dirinya rasa dihargai. Caranya? Boleh saja dengan memberi layanan terbaik, mengingati hari penting dalam hidupnya, memberikan hadiah atau kejutan. Atau paling mudah dengan meluahkannya dalam bentuk kata-kata. Pujilah suami atas usahnya memberi keselesaan kepada keluarga, dan ucapkan terima kasih atas segala yang telah dilakukan untuk membahagiakan anda.

10. Patuh pada agama

Walau seribu tip menjadi isteri yang baik tidak akan berguna jika seorang isteri itu tidak berpegang pada agama. Jauhi segala larangan dan taatlah pada perintah-Nya. Sesungguhnya Islam sendiri meminta kaum lelaki memilih calon isteri dari kalangan mereka yang patuh pada agama.

Monday, March 14, 2011

Renung² kan dan selamat beramal

Tengah search kat internet..Tetiba terbaca 1 Atikal..untuk diri kita.. dan saya nk kongsikan ilmu yang saya baru dapat kat semua yang membaca blog saya.. sama-sama la kite amalkan..

10 Surah yang Baik diamalkan

1. SURAH AL-FATIHAH

Amalkan membaca Surah Al-Fatihah semasa hendak tidur diikuti dengan membaca Surah Al-Ikhlas 3 kali, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas. Insya'Allah akan aman tenteram dan terjauh daripada gangguan syaitan. Dianjurkan juga membaca surah ini sebanyak 44 kali untuk mengubati sakit mata, perut, gigi dan lain-lainnya dengan izin Allah s.w.t. Untuk mencegah kemarahan Allah, bacalah surah ini sebanyak 17 kali sehari iaitu dengan mengerjakan solat 5 waktu.

2. SURAH YAASIN

Telah bersabda Rasulullah s.a.w., sesungguhnya bagi setiap sesuatu itu ada hati, dan hati Al-Qur'an ialah Surah Yaasin iaitu jantung Al-Qur'an. Sesiapa yang membaca Surah Yaasin, nescaya dituliskan oleh Allah pahala menyamai sepuluh kali membaca Al-Qur'an seluruhnya. (Hadis riwayat At-Tarmizi dari Anas r.a.) Rasulullah s.a.w. juga bersabda : Surah Yaasin dinamakan di dalam kitab Taurat dengan sebutan "At-Mu'ammah" (yang umum), yang mengumumkan pembacanya dengan kebaikan dunia dan akhirat, menanggung segala bala baik dari kesusahan di dunia mahu pun akhirat. Pembaca juga akan dilindungi dari setiap keburukan dan kejahatan serta segala hajat dan kemahuan akan Allah kabulkan. Jika dibaca dalam satu malam semata-mata mengharapkan keredaan Allah, nescaya Allah akan mengampunkan dosanya. (Hadis riwayat Malik, Ibnu-Sunni dan Ibnu Hibban). Surah Yaasin ni juga jika diamalkan, akan terselamatlah kita dari kehausan di hari KIAMAT.

3. SURAH AT-DHUHAN

Dibaca sekali pada malam Jumaat agar kita terselamat dari huru hara di Padang Mahsyar.

4. SURAH AL-WAQI'AH

Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca Surah Al-Waqi'ah pada tiap-tiap malam, insya'Allah tidak akan merasai kepapaan. Mereka yang membacanya sebagai wirid, insya'Allah akan beroleh kesenangan selama-lamanya. Mereka yang membacanya sebanyak 14 kali setiap lepas solat Asar, insya'Allah akan dikurniakan dengan rezeki yang banyak. Selepas solat Isyak, ambillah segelas air lalu bacalah Surah Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqi'ah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Dalam hati, niat untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga kita. Makna Surah Al-Waqi'ah Ayat 35-38 ialah : "Sesungguhnya, Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa. Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), yang tetap mencintai jodohnya serta yang sebaya dengan umurnya.

5. SURAH AL-KHAUTHAR

Sesiapa yang mengamalkan membaca surah ini sebanyak 1,000 kali, maka Allah s.w.t. akan menghasilkan hajatnya termasuk rezeki dan kenaikan pangkat. Sesiapa yang membaca 1,000 kali juga selepas solat Isyak hingga dia tertidur, insya'Allah dia dapat melihat Rasulullah s.a.w. dalam tidurnya.

6. SURAH AL-KHAAFIRUUN

Sesiapa yang membaca Surah Al-Khaafiruun, maka bandingannya seperti membaca seperempat Al-Qur'an, disamping terlepas dari syirik, terjauh dari godaan syaitan dan terlepas dari peristiwa yang mengejutkan (Riwayat At-Tarmizi). Sebelum tidur, bacalah surah ini agar kita mati dalam iman serta membersihkan kotoran dalam diri kita.

7. SURAH AL-MULK

Sebuah lagi Surah dari Al-Qur'an iaitu Surah Al-Mulk mempunyai fadilat dan faedah yang amat besar bagi sesiapa yang mengamalkan membacanya. Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca akan surah ini, akan mendapat syafaat dan keampunan dosa-dosanya. Mereka yang membacanya pada setiap malam, insya'Allah, akan terselamat dari azab kubur.

8. SURAH AL-IKHLAS

Rasulullah s.a.w. pernah bersabda kepada isteri kesayangan baginda, Siti Aisyah, antara mafhumnya : "Wahai Aisyah isteri ku, sebelum kamu tidur, khatamlah dulu Al-Qur'an." Siti Aisyah lalu berkata, "Wahai suami ku, saya tidak mampu khatam Al-Qur'an sebanyak 30 juzuk itu." Apabila mendengar kata-kata Siti Aisyah tersebut, Rasulullah s.a.w. sambil tersenyum lalu menjawab, "Barangsiapa yang membaca 3 kali sebelum tidur, seolah-olah ia telah khatam Al-Qur'an keseluruhannya. " Dari Rasulullah s.a.w.. pernah bersabda kepada Saidina Ali r.a., "Sesiapa hendak pergi musafir, kemudian ketika dia hendak meninggalkan rumahnya, ia membaca surah Al-Ikhlas 11 kali, maka Allah memelihara rumahnya sampai ia kembali. Ibnu Said Al-Khanafi menerangkan : "Surah ini dinamakan Surah Al-Ikhlas, ertinya bersih atau lepas. Maka barang siapa yang membacanya dan mengamalkannya dengan hati yang ikhlas, maka ia akan dilepaskan kesusahan duniawi, dimudahkan di dalam gelombang sakratulmaut, dihindarkan dari kegelapan kubur dan kengerian hari kiamat."

9. SURAH AL-FALAQ

Siti Aisyah menerangkan : "Bahawa Rasulullah s.a.w. pada setiap malam apabila hendak tidur, Baginda membaca Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas lalu ditiupkan pada kedua telapak tangan, kemudian disapukan keseluruh tubuh dan kepala. Barang siapa terkena penyakit kerana perbuatan syaitan atau manusia, hendaklah membaca Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 41 kali selama 3 hari, 5 hari atau 7 hari berturut-turut. Barang siapa yang takut akan godaan syaitan dan manusia, takut dalam kegelapan malam atau takut dengan kejahatan manusia, bacalah Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 100 kali.

10. SURAH AN-NAS

Surah An-Nas adalah surah yang terakhir (ke-114) dalam Al-Qur'an. Nama An-Nas diambil dari kata An-Nas yang berulang kali disebut dalam surah ini yang bermaksud manusia. Surah ini termasuk dalam golongan surah makkiyah. Isi surah ini adalah bagi menganjurkan manusia memohon perlindungan kepada Allah dari godaan syaitan baik yang berasal dari golongan manusia mahu pun jin. Surah An-Nas ini juga adalah penerang hati

Monday, February 21, 2011

Dosa Minum Arak

Dalil Hadis haram minum arak

Hadis Ibnu Umar r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda:

“ Setiap minuman yang memabukkan adalah arak dan setiap yang memabukkan adalah haram. Sesiapa yang meminum arak di dunia lalu meninggal dunia dalam keadaan dia masih tetap meminumnya dan tidak bertaubat, maka dia tidak akan dapat meminumnya di Akhirat kelak (di Syurga)." (Nombor Hadis Dalam Kitab Sahih Muslim [Dalam Bahasa Arab sahaja]: 3733) [2] ”

Nabi Muhammad s.a.w bersabda:

“ "Apa yang memabukkan dalam jumlah yang banyak, adalah diharamkan walau dalam jumlah yang sedikit." (Kitab Sunan Ibnu Majah Jilid 3, Kitab memabukkan , Bab 30, hadis No. 3392) ”

Oleh itu tidak ada alasan untuk meminum arak walaupun seteguk ataupun setitik.


Hukuman Hudud minum arak

Diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a katanya:

“ Sesungguhnya seorang lelaki yang meminum arak telah dihadapkan kepada Nabi s.a.w kemudian baginda telah memukulnya dengan dua pelepah kurma sebanyak empat puluh kali. [4] ”

Hukuman jenayah hudud bagi peminum arak telah disebutkan dengan jelas di dalam Hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim. Orang-orang Islam yang meminum arak dan telah sabit ke atasnya hukuman tersebut wajib disebat sebanyak 80 kali sebatan. Hukuman 80 kali sebatan kali sebatan ini dikenakan ke atas peminum arak untuk kesalahan yang dilakukan berulang-ulang sehingga sebanyak 3 kali. Sekiranya kesalahan tersebut diteruskan juga dalam erti kata lain si peminum sudah ketagihan maka dalam hal ini ulama' berpendapat hukuman selayaknya dikenakan adalah hukuman pancung. Hukuman ini hanya boleh dilakukan oleh imam (pemerintah atau hakim di dalam Daulah Islamiyah). Di antara syarat-syarat untuk mensabitkan hukuman terhadap orang yang meminum arak ialah :

  1. Orang yang sudah mukallaf
  2. Dengan kemahuan sendiri
  3. Mengetahui haram hukum meminumnya
  4. Telah diakui oleh yang minum, atau dilihat oleh 2 orang saksi laki-laki yang adil

Soalan:
kalo terminum..mcm ne tue?..maksud nye kalo kawan nak kene kan..?

Tuesday, January 4, 2011

Syukur..Alhamdulillah..

Niat yang baik..insyaallaah dipermudahkan kerje..

Monday, October 11, 2010

Mimpi..???

Mimpi selalu nye orang kate mainan tido...tp kadanag² mimpi memberi kite pertunjuk..Contoh nye.. kite mimpi exam keputusan kite dapat baik.. tp org kate akan jadi sebalik nye..(ni semua kuasa ALLAH)...Malam td saya mimpi terjadi hari kiamat..tak tau nk cakap takutnye mcm mane..ye la saye belum cukup amalan lagi..pastue saye search kt internet.. carik tafsiran mimpi...

"..[Bermimpi terjadi hari kiamat. Artinya, akan mendapatkan ketenangan hidup dan penuh karunia besar dari Tuhan atau akan terlepas dari mara bahaya.].."

erm.. tak tau la betol ke tak.. Tetibe rase nk cukupkan amalan lagi... InsyaALLAH