Sunday, March 14, 2010

suka + duka = pening-pening..!!

12.03.2010

hihi..ari jumaat Ck Joyah dah leh amek..mak som tipon btau..aku pn terus la tipon mama suruh amek Ck Joyah..pukul 6.30 pm...aku pn terus amek tiket bas terus balik Batu Pahat..tak sabar nk tngok Ck J
oyah...

ni la Ck Joyah aku..

Orang tua-tua kata..klo kita suka sangat bile nk dapat sesuatu..mungkin ada benda yang nk jd..sebab tu la kita tak leh nk suka sangat..contoh nye mcm ni...

ni la akibat nya klo terlalu suka sangat...

cian Ck Joyah aku..amek Ck Joyah 120310 pukul 6.30pm..pas tue tersagat nye 130310 pukul 5pm...belum sampai 24 jam lagi pn..waaa...dah cacat dah Ck Joyah aku..


Wednesday, March 10, 2010

Heheheh..Tukar Plan lak..


Tarikh : 3hb & 4hb April 2010

Tempat : Melaka Bandaraya Bersejarah (Water World)


erm...tak jadi lak nk g Langkawi..Punah harapan aku nk g langkawi...budak2 ni lak tak nk g jauh2 lak...pening aku layan dieorng ni..so kiteorng plan nk g melake..melaka pn melaka lah...janji dapat jumpe dieorng sume...lama gila tak jumpa dieorng ni..

Plan nye 3hb pagi dalam kol 9am dah sampai kat melaka..tapak pertemuan antara budak kl n jb di Menara Taming Sari..erm...seronok nye..mudah-mudahan menjadi la plan kali ni..hihiih...


Tuesday, March 9, 2010

Andaiku dapat undurkan masa..



mereka...

mereka la yang telah membuat aku terhibur suatu ketika dahalu..mereka juga tempat aku meluahkn perasaan apabila aku berasa sedih..gembira..
aku merindui mereka semua..rindu kn saat2 bersama dahulu..suke & duka aku lalui bersama..

Kini sudah 5 tahun berlalu..masing-masing sudah menpunyai jalan hidup sendiri..

Emy..kini berada di J
ohor..kerja same seperti aku (drafwoman)... Liza..berada di Perak..kerja dia Outward Bound(kerja mcm kat kem)..
Comel..die kat Kota Tinggi..kerja bahagian HR..

aku rindu sangat kat mereka..adakah mereka pun menpunyai perasaan yang sama seperti aku???


Sunday, March 7, 2010

Pecah rekod..

ermm..hari ni dalam sejarah..duduk rumah 1 hari..hahaha pecah rekod tue..mcm cacing kepanasan...hihihihi..boring gile duduk rumah..makan tido..makan tido..jerk..tak pe la sekali-sekale kn duduk rumah...pas ni cik joyah dah da..lagi la susah nk melekat kat rumah..panjang langkah da la lagi...ermm..cik joyah..cik joyah...tak sabar nk tunggu cik joyah datang kl..hihihihi




B.E.N.G.A.N.G



......-G.E.R.A.M-......



Friday, March 5, 2010

Akhirnyee...... (^_^)


yuhuuuuuuu...happy gile r...




tunggu...kemunculan Cik Joyah yekk..huhuhh


Wednesday, March 3, 2010

Erti Persahabatan...



Dalam dunia ini, Kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri.. Tetapi dalam kita bersendiri, Kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita. Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat, begitu juga dia. Tetapi kita sering terlupa akan hal itu. Kita cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita.

Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya. Kita tidak memberi dia peluang untuk menerang keadaannya. Bagi kita, Itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri. Kita terlupa, kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti. . Kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati. Kita beri beribu alasan, memaksa dia menerima alasan kita.

Waktu itu, terfikirkah kita tentang perasaannya? ? Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa.. tetapi kita sering terlupa. Untungnya mempunyai seorang kawan yang sentiasa di sisi kita pada waktu kita memerlukan dia. Dia mendengar luahan perasaan kita, segala rasa kecewa dan ketakutan, harapan dan impian kita luahkan, Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah. Selalunya kita terlalu asyik bercerita tentang diri kita, Hingga kadang-kadang terlupa kawan kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita.

Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya? Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita? Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya? Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya seperti mana dia meniup semangat setiap kali kita merasa kecewa dan menyerah kalah?

Dapatkah kita yakinkan dia bahawa kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah? Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia sandarkan harapan? Sesekali jadilah kawan yang mendengar dari yang hanya bercerita. Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan kawan, Kerana dia juga seorang manusia; dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang, sedih dan kecewa. Dia juga ada kelemahan dan Dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan.

Jadilah kita kawannya itu. Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangka.

Disebalik senyumannya itu, mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan, disebalik kesenangannya, mungkin tersimpan seribu kekalutan, kita tidak tahu.. tetapi jika kita cuba jadi sahabat seperti dia, mungkin kita akan tahu.


Tuesday, March 2, 2010

Reunion ex-ikmjb tahun 05-06.....

Rasa best nye nk g bercuti ngn budak2 stady masa kat IKM JB..kiteorng plan nak g langkawi..best nye,,tak sabar nak jumpa dieorng yg sengal-sengal..hihi

bertempat di :

Nadias Inn Comfort Langkawi


tarikh : 3 dan 4/04/2010 (sabtu dan ahad)



ok jugak la tempat dia..nampak selesa la..harga dia pn takde la mahal sangat..kire ok la nak pergi kat cini..kire standard kite orang ni.
ermm tak sabar nye nk pergi...