Friday, December 30, 2011

Tinggal Kenangan 2011

Rasa cepat betul masa berlalu.. sedar tak sedar dah hujung tahun 2011.. fuhh,, banyak kenangan dalam masa setahun ni.. Macam-macam telah cik rina tempuhi...suka duka.. manis pahit..uikss susah nak cakap..walau apa pun cik rina cuba jadi kan 1 memory dalam hidup cik rina..Ni la kali terakhir cik rina menconteng blog ni di tahun 2011..

Kite jumpa di tahun 2012 okey..cik rina harap apa yg dilalui sepanjang 2011 tidak akan berulang lagi dalam hidup cik rina.Tahun 2012 ni akan lebih bermakna lagi..amin...Itu la azam cik rina tahun 2012..




Selamat datang Tahun 2012..

Ehem-ehem..

Wow..meletopp kau cik rina..kiki
handphone baru lagi yerk..putih pink gitue..
Ni dah yang ke berapa handphone cik rina..??
entah la cik rina pun tak tau yang ke berapa dah..
banyak sangat..~lalalala~
Lepas ni tak tau lagi masih nak tukar
Handphone ke tak.. bertambah la koleksi
handphone cik rina..

Eh jap.. Rambut baru nampak..kikiki
Pape pun memang comel,..huhu ^peace^

Tuesday, December 27, 2011

Mengintai Nampak..

HAii.. Tengok apa tu...Intai cik rina yerk,, kikikiki..

Persoalannya:-

a) Rindu dekat cik rina ke??

b) Nak tau perkembangan Cik rina yerk..

c) Masih sayang lagi ke??

d) Nak Mintak duit ke??

* Agaknya mana 1 yerk..~lalalalalalala~


Pewiitt Cik joyah..

ahhh.. cunnn nya..kikiki..
berkilat betul Cik Joyah ku ni..
mana tak kilat.. dah pergi hantar polish ...

Saturday, December 24, 2011

wow..24jam la


Ehem-ehem.. kikiki..

wow lepas ni cik rina dah kembali online 24jam..

Internet hanya di hujang jari la..

baru beli handphone baru ke??

Handphone ape cik rina oitt,,

nanti la cik rina post k..

tungguuu..!!!

Monday, December 19, 2011

Kene game lagi

PATAH SERIBU..

Walau kau tiada di sini
Ku tetap ingat semua pesanmu
Ku hidup seolah-olah kau masih ada
Bisikan kata kepadaku

Bilakah kau akan utuskan surat buatku
Aku terus menunggu tibanya kata cintamu

oh.. patah seribu hatiku
Bila mengenangkan segala yang kita bina bersama
Haruskah ku lupa kerna engkau telah pergi

Biar pergimu tanpa relamu
Namun hatiku tetap rasa
Kejamnya kau meninggalkanku dengan nota-nota
Cinta buat kita berdua bila kan ku bisa menerima ketiadaanmu
Kan ku bakar semua hapuskan semua kenangan

Patah seribu hatiku
Bila mengenangkan segala yang kita bina bersama
Haruskah ku lupa kerna engkau telah pergi

Sayangku mohon padamu
Segera tinggalkanku
Pergilah kau ke tempat yang kau tuju
Pasti ada hikmah buatmu dan juga buat diriku

Pergilah



Monday, December 12, 2011

Rock The World vs Buka la Semangat

Weekend yang lepas..cik rina pergi konsert 2 hari berturut-turut..Hari sabtu dekat Stadium merdeka..Hari ahad di Pusat Sains Negara ke Bukit Kiara Equestrian.. hihihi..







next day..




Hasilnye..dari kutipan..

Monday, December 5, 2011

Suara saya memang sedap pongg!!


Jom Karokey lagi..kikik..

Feeling feeling tau..

Ukisss lama tak update blog la.. weekend baru ni cik rina pergi tengok cerita "ombak rindu" ..fuhh feeling abis mak tau..Puas hati dapat tengok.. Penat cari tiket.. 2 hari asik full jerk.. last² dapat tengok dekat TGV ..itu pun dapat sebeb orang yang reserved tak datang.. tq okey akak wayang..kikiki..TQ jugak kat sayang sebab dapat tiket untuk cik rina..muahh..





Jom layan tema lagu "ombak rindu"
mood~ feeling



Lirik Lagu Ombak Rindu–Hafiz/Adira


Adira :
Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku

Hafiz :
Tuhan aku tahu banyak dosa ku
Hanya ingat Kamu kala duka ku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya untuk cintaku

Adira :
Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dari ku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung

Hafiz :
Hujan bawa air mata ku
Yang mengalir membasuh luka ku
Agar dia tahu ku terseksa
Tanpa cinta dia di hatiku

Hafiz & Adira :
Hanya mampu terserah
Moga cahaya di penanti

Hafiz:
Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya

Adira:
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku



Tuesday, November 22, 2011

Jangan Strees

hihi..jom rehat kat minda.. baca lawak² kat bawah.. kurang tension sikit..asik keje jerkkan..Sumber² ni dapat daripada orang yang menghantar email..pas tue terus dapat idea nak post kat blog..ye la macam agak dah lama tak mengupdate blog...(*_^)
































Friday, November 11, 2011

Ada apa dengan tarikh itu.?


Hari ni 11.11.11..cantik tarikh hari ni..mungkin hari ni ramai yang buat hari keramat contoh berkahwin ke..bertunang ke dan macam-macam lagi la..Tapi untuk cik rina tarik 11.11.11 nie menyimpan 1001 kisah dalam hidup..Biar la ianya menjadi rahsia cik rina dan bersemadi dalam diri cik rina..Segala sejarah yang tak pernah diluputkan..

Friday, October 28, 2011

OMG !!! betol ke..?

Minggu ni cik rina keje 2 hari jerk seminggu.. wah lama cuti cik rina oi..heloo bukan suka-suka cuti tau..cuti sakit tau (MC).. hari selase cik rina macam biasa bangun nk pergi keje..tapi kepala dah berat sangat..makanya tak la pergi keje..sebenarnya dari last week lagi dah rasa tak sedap badan..rasa pening-pening..time drive lagi la rasa..macam ada orang goncangkan badan..petang selasa tue pergi la klinik nk check ..dokte cakap cik rina de tekanan darah rendah..patut la kepala weng-weng jerk..So sekarang dah okey cikit dari sebelum nie..Pape pun doakan kesihatan cik rina okey..

* Info tentang tekanan darah rendah..

Apa itu Tekanan Darah Rendah ?

Tekanan darah rendah (hipotensi) adalah keadaan tekanan darah yang lebih rendah dari tekanan yang diperlukan oleh tubuh, sehingga setiap organ dari badan tidak mendapat aliran darah yang cukup dan menyebabkan timbulnya gejala hipotensi. Tekanan darah seseorang adalah berbeza. Ini kerana ia membabitkan kawalan utama otak, jantung, buah pinggang dan ransangan di dalam salur darah.



Bagi penghidap tekanan darah rendah, mereka tidak akan menunjukkan tanda mereka mempunyai penyakit tekanan darah rendah. Mereka akan menunjukkan gejala atau tanda-tanda awal seperti:-
  • cepat lelah
  • pening kepala ketika posisi badan berubah
  • sukar untuk berkonsentrasi
  • mata berkunang-kunang
  • mual
  • kulit berasa dingin, pucat dan lembap
  • pernafasan cepat dan pendek
  • defresi
  • cepat haus
Penyebab Tekanan Darah Rendah

Tekanan darah ditentukan oleh dua pekara, iaitu jumlah darah yang dipompakan oleh jantung dan tahanan (resistensi) pembuluh darah yang kecil-kecil pada tubuh. Terdapat beberapa penyebab yang boleh tekanan darah rendah terjadi iaitu:-

  • Kekurangan volum darah - cecair mengalir dalam saluran darah seperti pendarahan yang tidak boleh terkawal
  • Dehidrasi - dehidrasi yang mengurangkan kandungan cecair dalam badan seperti kes muntah yang teruk dan cirit-birit.
  • masalah jantung - deyutan jantung yang agak cepat mahupun sebaliknya yang terlalu lambat.
  • Keadaan otot yang lemah.

Melalak Ohh melalak

Fuhh..3 jam Rm3..nyanyi sampai lebam..huhuh

Tak sabar nya nak pegi ni... 3 jam tue.. boleh buat konsert..cepat senaraikan lagu apa nak nyanyi ni..

Mari Bersukan

Cik rina tak de la pandai mana pun main bowling. Tapi boleh la.. tumbang jugak la pins tue..kikiki.. Tak de sebenarnya cik rina ada beli voucher dekat groupon.. berbaloi-baloi..

Friday, October 21, 2011

A + B + C

yam..yam..yam..



Tuesday, October 18, 2011

Izzah Dan Hariz

"..Tidak mengapalah jika saya dianggap sebagai perempuan simpanan,
tetapi biarlah hubungan ini halal di sisi ALLAH.."



Izzah adalah seorang gadis yatim piatu yang kematian orang tua mereka akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, pak saudaranya, Taha mengambil tugas memelihara Izzah. Isteri Taha tidak senang dengan kehadiran Izzah dan menuduh Izzah membawa bencana dalam keluarga.

Pak cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual anak saudaranya itu kepada seorang tauke kelab malam. Izzah terpaksa mengikut kehendak pak saudaranya walaupun hatinya tidak rela.

Di situlah dia telah berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz. Hariz telah membeli Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan membawa dia keluar dari neraka jahanam itu. Di atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.

Kehadiran Mila Amylia, anak Tan Sri Rashdan, iaitu model dan pelakon terkenal tanahair menggugat cinta Izzah yang mula berputik kepada Hariz. Dapatkah Izzah menerima Mila Amylia sebagai madunya? Bagaimana pula penerimaan Mila pada Izzah? Dapatkah hariz membahagiakan Izzah dan Mila? Bahagiakah rumah tangga yang dibina di atas kehadiran orang lain? Bagaimanakah tindakan Datuk Sufiah setelah mengetahui cerita sebenarnya?





Waahh Tak sabarnya nak tunggu filem Ombak Rindu ini dekat wayang..dengar² filem ni akan di tayangkan hujung tahun ni..haaa cik rina suka..suka..suka..


Monday, October 10, 2011

Turutan potong kuku..

Sebelum ni cik rina de post tentang hari-hari potong kuku..so kali cik rina nak post dan nak kongsi tentang potong kuku ikut turutan..


Sebenarnya memotong kuku juga ada turutannya. Ianya dimulai pada anggota sebelah kanan hinggalah ke anggota sebelah kiri. Sekiranya hendak memotong kuku jari tangan, ianya dimulakan dengan jari telunjuk tangan kanan sehingga ke jari kelingking. Kemudian dari jari kelingking tangan kiri sehingga ke ibu jari. Dan akhir sekali adalah jari ibu kanan. (Sila rujuk gambar diatas untuk mudah memahami.)

Sebegitu juga dengan jari kaki. Ianya haruslah dipotong mengikut turutannya. Bermula dari jari kelingking sebelah kanan bergerak ke jari kelingking kaki sebelah kiri berturut-turut. (Sila rujuk gambar diatas untuk mudah memahami.)

*Thank you pakcik google..

Alhamdulillah..bersyukur sangat Cik rina..

♥ Kenape ALLAH temukan kita dengan orang yang salah ♥:
Memang sakit bila cinta yg kita dambakan selama ini tak dihargai oleh insan yg bernama kekasih,apatah lagi kita dibuang begitu saja... tapi,itulah juga petanda terbaik untuk diri dan kehidupan kita pada masa akan datang.

1. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.


2. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.


3. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.


4. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.


5. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...


6. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.


7. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.


8. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.


9. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.


Wahai sahabat yg kecewa,menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.


Hari esok pun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhanNYA, dan meninggalkan laranganNYA..


PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA..

Friday, October 7, 2011

Darjat seorang isteri.




1. Isteri Siddiqin

Isteri yang tidak akan meminta apa-apa dari suaminya sekalipun yang perlu (dharuri). Apa yang disediakan suaminya, dia terima dengan penuh malu dan bersyukur. Kalau ada, adalah. Kalau tidak ada, dia bersabar. Tapi meminta tidak. Apatah lagi yang tidak perlu, kalau diberi pun dia tolak bahkan adakalanya yang perlu pun dia tolak dengan baik, dia lebih suka menolong suaminya. Itulah golongan yang bersifat orang yang Siddiqin. Golongan ini payah hendak dicari terutama di akhir zaman ini, macam hendak mencari belerang merah atau gagak putih. Ini adalah perempuan luar biasa.

2. Isteri Muqarrobin

Isteri yang tidak meminta dari suaminya kecuali yang perlu sahaja. Yang tidak perlu dia tidak akan memintanya bahkan kalau suaminya memberi yang tidak perlu dia tolak dengan baik. Tapi kalau yang diperlukan pun tidak ada, dia tetap sabar. Namaun dia tidak akan mendesak suaminya. Dia tetap bersabar dengan keadaan itu. Itulah golongan Muqarrobin. Golongan ini juga susah hendak dicari di zaman kebendaan ini, di zaman orang memburu dunia, di zaman orang memandang dunia adalah segala-galanya.

3. Isteri Solehin
Isteri yang meminta kepada suaminya yang perlu dan juga sekali-sekala meminta juga yang tidak perlu seperti ingin sedikit kehidupan yang selesa sama ada dari segi makan minum, tempat tinggal, kenderaan. Namun kalau suaminya tidak memberi, dia tetap sabar dan tidak pula menjadi masalah. Itulah dia golongan orang yang soleh.

4. Isteri Fasik

Isteri yang selalu sahaja meminta-minta bukan sahaja yang perlu, yang tidak perlu pun dia suka meminta-minta juga. Kalau diberi pun tidak pernah puas-puas, tidak pernah rasa cukup, sudah mewah pun tidak rasa cukup. Kalau tidak diberi menjadi masalah, dia merungut-rungut, marah-marah, sakit hati, merajuk hingga menjadi masalah dalam rumah tangga. Inilah dia golongan yang fasik. Isteri ini selalu sahaja derhaka dengan suami, apatah lagi dengan Tuhan.

Semoga Allah menyatukan hati-hati kita, menjadikan kita saling mencintai karena Dia; sebagaimana dalam hadits yang diriwayatkan oleh Tirmidzi Rasululllah saw bersabda:

"Di sekitar Arsy ada menara-menara dari cahaya. Di dalamnya ada orang-orang yang pakaiannya dari cahaya dan wajah-wajah mereka bercahaya. Mereka bukan para nabi atau syuhada'. Para nabi dan syuhada' iri kepada mereka. Ketika ditanya para shahabat, Rasulullah menjawab, "Mereka adalah orang-orang yang saling mencintai karena Allah, saling bersahabat kerana Allah dan saling kunjung mengunjungi kerana Allah..

# saja-saja nak share dengan u all..

Thursday, October 6, 2011

Potong kuku ikut hari


barang siapa yang mengerat kukunya pada:

Hari Sabtu: keluar dari tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit
Hari Ahad: Keluar kekayaan masuk kemiskinan
Hari Isnin: keluar daripadanya gila dan masuk sihat
Hari selasa: keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit
Hari Rabu: keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan
Hari Khamis: keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit
Hari Jumaat: keluar daripadanya dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala

jadi, kerat kuku bukan sebarang kerat tapi ada kaedahnya. walaupun hanya kuku tapi adalah sebahagian daripada badan kita yang perlu kita hormati. misalnya kerat kuku ada adabnya selain mengikut hari, kita juga perlu buang kuku itu pada tempat yang tidak kotor, sebagaimana yang diajar..seeloknya kita membuang ke tanah kerana kita juga berunsur tanah. bukannya tong sampah sekali pun tong sampah itu bersih

Wednesday, October 5, 2011

Gengster ke??

Walaupun dah lama ditayangkan..Tapi mau tengok jugak.. Orang kata ceritanya tak best ke.. ye ke?? .. tak kisah la apa orang nak komen.. cik rina tetap tengok jugak..lalalala.. yayang kita pergi tengok okey malam ni.. (^:*)

Tuesday, October 4, 2011

Itu la Wanita

30 perkara yang wanita tidak sempat memberitahu lelaki:-


1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.


2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).


4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.


5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!


6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.


7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diriwanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akanlakukan apa saja.


8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.


9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.


10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.


13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.


14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.


15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.


16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.


17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.


21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!


22. Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.


23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.


24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.


25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.


26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati.

27. Senjata wanita adalah airmata!!

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan i! ni dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.


29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...

30.Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa..

ApA pUn tAk bOleH

Ini la akibatnya kalau dah mula nak sewel dekat opis..Mengarut-mengarut jerk yang di buatnya..Kenapa boleh jadi macam ni?? hari ni hujan tengah hari..makanya sejuk tahap gaban..dan baru lepas lunch.. so mata pun mahu tertutup rapat..untuk cover mata dari orang laen tau ianya tertutup rapat..kaca mata itu la menjadi penyelamatnya..kikiki "terima kasih kepada Wak Jehan" kerana meminjamkan kaca mata itu..^peace^

Monday, October 3, 2011

Senyum tak perlu kata apa-apa

errrmmm...tak nak senyum la..

nak senyum ke tak erk..de kemera ni.

senyum cikit jerk la dulu..

haaa..ni bukan senyum jerk.. terus gelak
macam nenek tak de gigi..kikiki

Thursday, September 29, 2011

pEhal nk sibok-sibok


Oit tolong ha.. jangan la nak sibok pasal aku lagi boleh..sebab ko la aku hilang segala² nya.. Ko tau ko la punca semuanya..so tolong jangan nak sibok ikut perkembangan aku.. ko ingat aku tak tau ko datang blog aku.. berambus ko wahai PEREMPUAN ITU..

Buat yang terbaik

Tak salah kalau kita melakukan pengorbanan untuk melihat orang lain bahagia..



Semoga kamu bahagia..


Titisan itu

Mengapa wanita sering menangis?

Jawapannya..
Kerana wanita itu unik..
Aku ciptakan ia sebagai makhluk istimewa..
Aku kuatkan bahunya untuk menjaga anak-anaknya..
Aku lembutkan hatinya untuk memberi aman..
Aku kuatkan rahimnya untuk menyimpan benih manusia..
Aku teguhkan peribadinya untuk terus berjuang saat yang lain menyerah..
Aku beri dia naluri untuk mencintai anak-anak dalam keadaan apapun..
Aku kuatkan batinnya unutk tetap menyayangi walau dikhianati oleh teman,walau disakiti oleh orang" yang ia sayangi..
Wanita mahluk kuat, tapi jika satu saat dia menangis itu kerana AKU beri dia air mata utk membasuh luka batin dan memberi kekuatan baru.
.


Tangisan berlaku kerana tujuh sebab:

1. Terlalu gembira
2. Kerana gila dan mabuk
3. Menanggung kesakitan
4. Gementar dan takut
5. Kesedihan
6. Menunjuk-nunjuk
7. Takutkan Allah

Tangisan yang akhir inilah tangisan yang boleh memadamkan lautan api walaupun hanya dengan setitis air mata sahaja.

“Tujuh orang akan dilindungi oleh Allah swat di bawah lindunganNya pada hari kiamat. Salah seorang daripada mereka ialah seorang yang bersunyi diri mengingati Allah sehingga mengalir air mata.” Hadith Rasullullah

Dari Hazrat Aishah r.anha betanya kepada Nabi saw. “Adakah di kalangan umat tuan yang akan masuk syurga tanpa hisap?” Nabi menjawab “Ya, mereka yang menangis kerana mengenangkan dosa.”

“Dua titisan yang paling disukai Allah, pertama – titisan air mata yang dialirkan kerana takutkan Allah. Kedua – titisan darah yang tertumpah ke jalan Allah”

“Sekiranya air mata mengalir di mana-mana wajah kerana takutkan Allah walaupun sebesar kepala lalat maka Allah akan mengharamkan wajah itu daripada terkena api neraka.”

“Sesiapa yang menangis kerana takutkan Allah swt maka susah untuknya memasuki neraka sebagaimana susahnya susu masuk kembali ke putting.”

Monday, September 26, 2011

Tutup rapat-rapat

Siapa lah yang dapat kunci itu..

Friday, September 23, 2011

Cemburu tak bertempat

Orang kata cemburu tandanya sayang.. Tapi kalau cemburu berlebihan pun payah jugak..macam-macam boleh jadi.. Itu la yang jadinya kes putus cinta..putus tunang dan becerai..makanya nak cemburu biar la kena dengan caranya..


Sayang: Abang lepas ni kita putus...abang curang dengan sayang..
abang : Bila abang curang..?? mana bukti ..??
sayang : Abang jangan tipu lagi..abang cakap ada meting tapi abang pergi dating..
abang : Ya rabbi... bila..??
sayang : kenapa tadi sayang call abang ada perempuan lain jawab..!!! belagak cakap orang putih dengan saya..
abang : Apa dia cakap.??
sayang : SORRY PLEASE TRY LATTER
Abang : Aku terajang kau.. sebulan kau makan pakai STRAW..!!!!

kakaka..lawak-lawak..

Class kau Cik Rina..

Macam Biasa.. Hari raya banyak orang buat makan²..hari raya la boleh mengemokkan badan..kikiki..Cik rina n the Gangs Awek² JPK pergi makan² dekat PNB Darby Park..Makan dia pun terbaekkk!! dari ladang..Siap ada Artis lagi..glam mak..waaahahah...


Berkebaya gitu..

Dimana-mana pun boleh..huhu

Poyo betol mamat tue..kakaka..

Yang depan ke yang belakang tue..

Perut Sudah kenyang..hati manyak senang..

Gembira dapat Pokok tau..

Haaa.. ini yang suke... Class Kau Cik Rina..