Friday, October 28, 2011

OMG !!! betol ke..?

Minggu ni cik rina keje 2 hari jerk seminggu.. wah lama cuti cik rina oi..heloo bukan suka-suka cuti tau..cuti sakit tau (MC).. hari selase cik rina macam biasa bangun nk pergi keje..tapi kepala dah berat sangat..makanya tak la pergi keje..sebenarnya dari last week lagi dah rasa tak sedap badan..rasa pening-pening..time drive lagi la rasa..macam ada orang goncangkan badan..petang selasa tue pergi la klinik nk check ..dokte cakap cik rina de tekanan darah rendah..patut la kepala weng-weng jerk..So sekarang dah okey cikit dari sebelum nie..Pape pun doakan kesihatan cik rina okey..

* Info tentang tekanan darah rendah..

Apa itu Tekanan Darah Rendah ?

Tekanan darah rendah (hipotensi) adalah keadaan tekanan darah yang lebih rendah dari tekanan yang diperlukan oleh tubuh, sehingga setiap organ dari badan tidak mendapat aliran darah yang cukup dan menyebabkan timbulnya gejala hipotensi. Tekanan darah seseorang adalah berbeza. Ini kerana ia membabitkan kawalan utama otak, jantung, buah pinggang dan ransangan di dalam salur darah.



Bagi penghidap tekanan darah rendah, mereka tidak akan menunjukkan tanda mereka mempunyai penyakit tekanan darah rendah. Mereka akan menunjukkan gejala atau tanda-tanda awal seperti:-
  • cepat lelah
  • pening kepala ketika posisi badan berubah
  • sukar untuk berkonsentrasi
  • mata berkunang-kunang
  • mual
  • kulit berasa dingin, pucat dan lembap
  • pernafasan cepat dan pendek
  • defresi
  • cepat haus
Penyebab Tekanan Darah Rendah

Tekanan darah ditentukan oleh dua pekara, iaitu jumlah darah yang dipompakan oleh jantung dan tahanan (resistensi) pembuluh darah yang kecil-kecil pada tubuh. Terdapat beberapa penyebab yang boleh tekanan darah rendah terjadi iaitu:-

  • Kekurangan volum darah - cecair mengalir dalam saluran darah seperti pendarahan yang tidak boleh terkawal
  • Dehidrasi - dehidrasi yang mengurangkan kandungan cecair dalam badan seperti kes muntah yang teruk dan cirit-birit.
  • masalah jantung - deyutan jantung yang agak cepat mahupun sebaliknya yang terlalu lambat.
  • Keadaan otot yang lemah.

No comments: