Thursday, September 29, 2011

Titisan itu

Mengapa wanita sering menangis?

Jawapannya..
Kerana wanita itu unik..
Aku ciptakan ia sebagai makhluk istimewa..
Aku kuatkan bahunya untuk menjaga anak-anaknya..
Aku lembutkan hatinya untuk memberi aman..
Aku kuatkan rahimnya untuk menyimpan benih manusia..
Aku teguhkan peribadinya untuk terus berjuang saat yang lain menyerah..
Aku beri dia naluri untuk mencintai anak-anak dalam keadaan apapun..
Aku kuatkan batinnya unutk tetap menyayangi walau dikhianati oleh teman,walau disakiti oleh orang" yang ia sayangi..
Wanita mahluk kuat, tapi jika satu saat dia menangis itu kerana AKU beri dia air mata utk membasuh luka batin dan memberi kekuatan baru.
.


Tangisan berlaku kerana tujuh sebab:

1. Terlalu gembira
2. Kerana gila dan mabuk
3. Menanggung kesakitan
4. Gementar dan takut
5. Kesedihan
6. Menunjuk-nunjuk
7. Takutkan Allah

Tangisan yang akhir inilah tangisan yang boleh memadamkan lautan api walaupun hanya dengan setitis air mata sahaja.

“Tujuh orang akan dilindungi oleh Allah swat di bawah lindunganNya pada hari kiamat. Salah seorang daripada mereka ialah seorang yang bersunyi diri mengingati Allah sehingga mengalir air mata.” Hadith Rasullullah

Dari Hazrat Aishah r.anha betanya kepada Nabi saw. “Adakah di kalangan umat tuan yang akan masuk syurga tanpa hisap?” Nabi menjawab “Ya, mereka yang menangis kerana mengenangkan dosa.”

“Dua titisan yang paling disukai Allah, pertama – titisan air mata yang dialirkan kerana takutkan Allah. Kedua – titisan darah yang tertumpah ke jalan Allah”

“Sekiranya air mata mengalir di mana-mana wajah kerana takutkan Allah walaupun sebesar kepala lalat maka Allah akan mengharamkan wajah itu daripada terkena api neraka.”

“Sesiapa yang menangis kerana takutkan Allah swt maka susah untuknya memasuki neraka sebagaimana susahnya susu masuk kembali ke putting.”

No comments: