Tuesday, July 5, 2011

Terima Kasih Atas Segala nya..



bila Allah hendak menduga kita, Dia akan turunkan dugaan itu dalam dua bentuk, kesenangan dan kesengsaraan

dan percayalah, bila Dia menurunkan ujian itu, maknanya Dia yakin kita boleh melaluinya atau memang mampu menggalasanya

La yukalli fullahu nafsan illa wu’aha

Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya (Surah Al-Baqarah ayat 286)

beruntunglah bagi manusia yang diuji itu kerana ini bermakna Allah sangat sayangkan dirinya

macam bila kita sayang seseorang itu, kita akan akan sentiasa merapati dan mengambil berat tentang dirinya namun bila sayang itu sudah tidak wujud lagi, pepandailah kau membawa diri, apatah lagi bila si dia sendiri memilih untuk ‘pergi’

Wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Sungguh, Allah beserta orang-orang yang sabar. (Al-Baqarah: 153)

2 comments:

IShahcYS said...

Ape cerita ni? Gambar @ due date sume hilang?

Cik R!na said...

cerita tentang kita...kikiki

tah la..itu takdir nye kak